Featured Post

10 Petanda Cintamu dengan Si Dia diancam Bom Jangka!

Cinta tidak selalunya indah dan manis. Walaupun tenang di permukaan tidak bermakna di dasarnya tidak berpusar. Ada beberapa isyarat dan amaran awal yang boleh membantu kamu mengesan bom jangka ini sebelum ia meledak! 1. Si dia sering mengawal pergerakan mu sedangkan kamu tidak boleh mengetahui aktiviti...

Read More

10 Petanda Cintamu dengan Si Dia diancam Bom Jangka!

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, General Info | Posted on 30-01-2008

0

bom jangka cintaCinta tidak selalunya indah dan manis. Walaupun tenang di permukaan tidak bermakna di dasarnya tidak berpusar. Ada beberapa isyarat dan amaran awal yang boleh membantu kamu mengesan bom jangka ini sebelum ia meledak!

1. Si dia sering mengawal pergerakan mu sedangkan kamu tidak boleh mengetahui aktiviti luarnya.

 2. Kamu dan si dia sering bertikam lidah walaupun untuk perkara remeh-temeh.

3. Kamu semakin jemu bersamanya sedangkan dahulu dialah pujaan hatimu.

4. Si dia mula berkira tentang wangnya yang dibelanjakan atas dirimu, malah mengawal perbelanjaan mu.

5. Kamu dan si dia sudah mula berahsia tentang semua perkara.

6. Kamu tidak lagi bebas membuat keputusan kerana si dia memantau segala gerak-geri kamu.

7. Si dia sering ambil mudah setiap perkara dan jarang mempedulikan perasaan mu.

8. Si dia mula berubah sikap dan tidak memanjakan kamu lagi.

9. Si dia mula menyuruh kamu mengutamakannya dalam semua perkara sehingga mengabaikan keluarga dan teman-temanmu.

10. Kamu sudah mula mengalih pandang dan bercadang mencari kekasih lain.

~sumber: Majalah InTrend Oktober 2006~

Kenali tabiat suami melalui bahagian yang dia suka cium

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, General Info | Posted on 29-01-2008

1

Wow yg mana satu yer tabiat suami anda? ;)

Suka cium dahi isteri……..suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri……..suami yang penyayang.
Suka cium mulut isteri…….suami yang gelojoh.
Suka cium tengkuk isteri……..suami yang mata keranjang.
Suka cium telinga isteri………suami yang sensitif.
Suka cium leher isteri………suami yang penyabar.
Suka cium buah dada isteri……..suami yang suka bermanja.
Suka cium tangan isteri…….suami yang hipokrit.
Suka cium ketiak isteri…….suami yang menerima isterinya seadanya.
Suka cium (tut - censored) isteri……suami yang pemalu.
Suka cium punggung isteri…….suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri…….suami yang terlalu menghormat isteri.
 
Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri……suami yang
mementingkan diri.

jeng jeng jengggggg

DAN

YANG

TERAKHIR… …………..

Suka cium seluruh bahagian badan isteri……..suami yang baru balik
dari outstation !!!

Huahuahuahuaaaaa……..!!!!!!

Madah Untuk Sahabat

Posted by alicesona | Posted in Madah Untuk Sahabat | Posted on 27-01-2008

3

Madah untuk sahabat

Ketika sahabat menjadi seteru, ketika sahabat meninggalkan kita, ketika sahabat semakin menjauh…sedarlah itu adalah satu proses menuju kematangan…

Tip memujuk girlfriend / boyfriend yang merajuk

Posted by alicesona | Posted in Love Tips, Tips Cinta | Posted on 25-01-2008

4

Tip ni sesuai untuk budak-budak sekolah menengah sahaja sebab saya alaminya ketika saya dibangku sekolah :) . Jadi mungkin pelajar-pelajar IPTA/S tu maybe tidak berapa sesuai dipraktikkan. Saya kata tip dan bukan tips sebab ada satu tip saja yang akan saya berikan.

Kalau GF/BF adik-adik merajuk dan tidak mahu bercakap langsung dengan adik-adik bagaimanakah caranya nak memujuk si dia. Berikan bunga bagi para gadis? Well…biasanya adik-adik memang selalu guna cara ini kan. Apa kata cuba cara lain pula seperti ini…

Pergi kat papan hitam kelas adik. Padamkan tulisan-tulisan cikgu tersayang tu. Kalau malu pastikan adik-adik lakukan ini pada masa balik atau ketika tiada pelajar lain di kelas melainkan seorang sahabat rapat adik. Ambil kapur dan tulislah perkataan “I MISS YOU” kat papan hitam tu. Kenapa I MISS YOU dan bukan I LOVE YOU? Bukankah adik pada masa ini rindu sangat pada si dia sebab dah lama tak berbual mesra dengan si dia? Betul kan? Lepas tu adik berdiri kat tepi papan hitam tu. Buatlah ekpresi muka yang paling manja, paling lawa, paling hensem dan snap la gambar sekeping. Sekarang zaman dah canggihkan kita tak guna filem lagi dan biasanya suka save gambar dalam PC saje tapi untuk tujuan ini Sis galakkan adik-adik cuci sekeping gambar ini. Ambil envelope dan hantar kepada GF/BF adik-adik tanpa sebarang coretan lain. Nah cukup mudah dah segala mesej kita telah disampaikan dengan sepenuhnya kepada si dia. Lagipun gambar yang dicetak dan dihantar menggunakan sms tak sama feelingnya tau.

Taktik ini sangat berkesan kepada Sis satu masa dulu :P . Sebab Sis pesan pada si dia tu yang Sis tak mahu sebarang penjelasan dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. Dan berkat kekreatifan BF Sis dia dapat memujuk Sis dengan hanya sekeping gambar sahaja. Nanti Sis letakkan gambar itu di sini kalau jumpa….

Selamat mencuba semua! Kalau berjaya jangan lupa letakkan feedback okay :) .

Fahami bahasa cinta suami

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta | Posted on 22-01-2008

4

Pernahkah anda dengar cerita dari rakan-rakan anda yang mengatakan suami mereka tidak pernah mengungkapkan kata cinta kepada mereka walaupun sudah berumah tangga bertahun-tahun lamanya? Emmm…adakah benar cinta itu boleh dinyatakan dengan kata-kata? Mari kita cuba memahami bahasa cinta suami melalui hasil tulisan Zaharah Manap, majalah Pa&Ma keluaran Januari 2007.

 Memang sikap lelaki tidak suka menunjukkan sikapnya secara terang lebih-lebih lagi bersifat peribadi. Walaupun tidak mengungkapkan kata “I love you”, “kaulah kekasihku”, “Oh…my soulmate”, atau “You know how much I love you…” dan sebagainya, cinta mereka tetap ada pada anda. Ada beberapa tanda memberi maksud “Aku cinta pada mu” yang mungkin anda tidak perasan. Berikut antaranya:

1) Pandangan mata

Mata tidak hanya untuk memandang tetapi berfungsi sebagai penyampai maksud dan pesanan yang jujur. Lihat pada mata pasangan. Jika dia pandang terus kepada anda dan tidak terganggu dengan keadaan sekeliling bermakna anda adalah seorang yang bererti baginya.

2) Ingat makanan kegemaran anda

Mengingati makanan kegemaran anda adalah slah satu tanda cinta yang selama ini dipendamnya. Misalnya, anda gemar kek pisang. Si dia terlihat orang menjual kek pisang ketika pulang dari pejabat dan terus membelinya untuk diberikan kepada anda. Tidak salah lagi itulah cara dia menunjukkan perhatian.

3) Berbicara tentang masa depan

Si dia senang duduk berbincang dengan anda tentang masa akan datang. Mungkin soal rumah, kedudukan kewangan, hal anak-anak dan sebagainya. Jika ini tingkah laku yang ditunjukkan oleh suami bermakna dia ingin bersama anda selama-lamanya.

4) Menghargai hadiah anda

Dari dahulu hingga sekarang si dia tetap setia dengan dompet yang anda hadiahkan. Tidak pernah dia memilih dompet lain walaupun keadaan dompet pemberian anda itu kelihatan begitu ‘uzur’. Inilah tanda terima kasih dan sayang kepada anda.

5) Selalu di sisi

Ketika keluar berjalan-jalan, dia lebih senang berada dekat dengan anda. Bak pengawal keselamatan anda sentiasa dijaga. Ha… kini anda mulai sedar ya!

6) Lakukan bersama-sama

Si dia enggan keluar jika anda tidak ikut sekali. Si dia juga merayu supaya anda keluar dengannya, jika tidak dia tak berpeluang untuk keluar bersosial.

7) Rahsia

Pasangan tidak pernah berahsia tentang semua perkara sepanjang bergelar suami isteri. Apa sahaja cerita yang berlaku sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya dikongsi bersama. Dan kisah anda berdua pula tidak diceritakan kepada orang lain. Inilah dikatakan cinta.

8 ) Rela menjemput

Anda berada dalam keadaan terdesak ketika pulang sendiri ke rumah dari pejabat. Dan suami anda tidak berlengah dan setuju untuk datang jadi penyelamat. Sikap si dia ini sebenarnya memberi tahu yang dia begitu ambil berat dan sayangkan anda.