Featured Post

Biarlah aku menjadi cinta terakhir mu…

Telah berulang kali aku nyatakan niat di hati untuk membalut luka hati mu namun kau masih meragui keikhlasan cinta ku. Haruskah engkau terus menghukum para pencinta mu hanya kerana seorang kekasih yang tidak setia? Sayang… bukalah pintu hati mu. Biarlah apa yang telah berlaku kau tinggalkan menjadi...

Read More

Lagi petua membentuk hubungan bahagia

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, Love Tips, Tips Cinta | Posted on 26-02-2008

2

Carilah satu perkara yang kamu berdua sama-sama minati.

Contohnya seperti saya dan suami saya, kami suka memerhatikan satu papan iklan milik MNG ditepi jalan federal highway. Kami suka membincangkan kenapa patut dan kenapa tidak patut iklan tersebut dipilih. Kadang-kadang suami yang menyedari bila iklan tersebut bertukar gambar, kadang-kadang saya yang menyedarinya. Tanpa sedar minat kami terhadap papan iklan ini telah menyerikan hari-hari kami setiap pagi ketika pergi kerja kerana papan iklan ini menjadi sesuatu yang boleh memulakan topik perbincangan. Papan iklan inilah yang akan mencetuskan idea komunikasi kami setiap hari berkerja. Kata orang komunikasi sangat penting dalam sesuatu hubungan. Tanpa komunikasi banyak benda yang akan terpendam dalam hati kita yang seterusnya akan menjadi bom jangka bila terlalu lama terpendam. Jadi carilah sesuatu yang boleh mencetuskan idea komunikasi kamu setiap hari. Pastikan ianya sesuatu yang sama-sama kamu minati dan bukannya hanya gossip semata-mata.

Tips Rumah Tangga Romantik

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, Love Tips, Tips Cinta | Posted on 24-02-2008

3

1) “Nak panjang pendek-pendekkan, nak pendek panjang-panjangkan”..
bermaksud..kalau nak hubungan suami isteri tu berpanjangan..kalau gaduh ke apa ke..pendek-pendekkan rajuk..buangkan marah…cepat berbaik semula..

2) Sekiranya berpeluang pergi ke tepian pantai, kebetulan pula pantai itu berhadapan matahari naik (tak sesuai tengok matahari terbenam-waktu maghrib), duduklah sambil memerhatikan matahari naik. Selepas pasangan anda duduk di tepi pantai itu, lorekkan bentuk hati di sekeliling tempat bakal anda duduk.

3) Selepas pasangan anda pulang dari kerja pasti dia keletihan. Tawarkan dia mandi air panas. Sekiranya tiada kolam sediakan satu kerusi dengan dua baldi air panas. Satu baldi untuk rendaman kaki, dan satu lagi untuk mandian. Lebih manis lagi jika diletakkan sedikit haruman aromatherapy dan anda yang memandikan pasangan anda. Seterusnya berilah peluang kepada dia untuk melelapkan mata dengan memberi ciuman hangat sebelum dia terlena. Pasangkan penghawa dingin atau kipas supaya dia selesa dalam lenanya. Sekiranya anak-anak ada bersama, bawalah mereka bermain di tempat lain.

4) Bercuti berdua……rasanya ramai yang tak gemar kalo tanpa
anak-anak kan…..tapi kekadang ia dapat ‘refresh’ kembali hubungan
suami isteri…

5) Beri bunga Very Happy . Beri bunga kat suami pun okay apa, kalau suami tak suka bunga gantikan dengan benda lain.

6) Lepak kat coffee house sambil berbual-bual…..rasanya saat ni paling seronok….macam first dating plak… Surprised

7) Tinggalkan nota ringkas untuk isteri/suami. Lekat kat cermin solek atau depan pintu. Bolehlah tulis apa-apa jer tak semestinya I love you atau I miss you saja. Contohnya kalau suami pergi ke pasar dan tak nak bangunkan isteri bolehlah tinggalkan nota macam ni “Abang keluar kejap. Sayang jaga diri bebaik. I love you…”. Supaya bila isteri bangun tak ada lah tercari-cari suami sampai kat luar rumah tu.

8) Kalau jalan-jalan berdua pegang tangan macam orang tengah bercinta dan jangan lupa peluk pinggang. Cool

9) Salah satu cara nak eratkan kasih sayang suami isteri ialah setiap hari pastikan kita peluk pasangan kita selama 30 saat (kalau lebih pun takpe) Very Happy

10) Setiap kali berdoa selepas solat, doakan DIERATKAN SEERAT-ERATNYA perhubungan kita dgn suami.. sebab biasanya kita berdoa agar keluarga bahagia je.

11) Semasa memasak/ bancuh air - kalimah YA WADUD (Yang Maha Pengasih) iaitu salah satu dari Asmaul Husna kita ucapkan berkali seakan-akan sebati dgn masakan kita tadi.

12) Ayat terakhir ALI IMRAN : lebih kurang gini.. YA AIYYUHALLAZI NA’AMANUSBIRU WASOBIRU WAROBITU WATTAQULLAHALA’ALLAKUM TUPSIRUN.. (Sila rujuk Al-Quran utk bacaan yg betul). Kita lafazkan acapkali sambil pejamkan mata dan bayangkan muka orang-orang yang kita sayang.. suami dan anak-anak. Atau..semasa mereka tido kita ucapkan dan hembus ke ubun-ubun mereka yang sedang nyenyak tu.

sumber: Forum wanitaniaga (http://www.wanitaniaga.com/forum/viewtopic.php?t=539&postdays=0&postorder=asc&start=0 )

Duhai Malam ~Intan Sarafina~

Posted by alicesona | Posted in Lagu Cinta | Posted on 22-02-2008

0

Duhai malam damai pelukanmu
Dinginmu menghilangkan bahang siang
Namun resah hati kian terasa
Kekasih hati berjauhan

Duhai malam apakah si dia
Jua merenung bulan yang mengambang
Terbayang oleh ku manis wajahnya
Oh terganda kerinduanku

Duhai malam…
Tersiksa batinku mendambakannya
Jiwaku merintih sayu berlagu
Duka menghiris tersiat kalbuku
Hanya padanya penawar
Azimat yang bisa menyembuhkan
Segala nestapaku oh

Duhai malam kabarkan padanya
Lekas kembali tak rela menanti
Kerap kujenguk keluar jendela
Apa khabarnya di sana

Ohhh… di sana

Love Quote from Valentine forum

Posted by alicesona | Posted in Love Quote, Madah-madah Cinta | Posted on 21-02-2008

1

Not all scars show, not all wounds heal, sometimes you can’t see someone’s pain.

Always follow your heart. But never let it lead you astray. Sometimes something as simple as a smile, can brighten the dullest day.

An impure heart is one that is ruled by the scars it takes. Scars have meaning, not to hurt, but remind. Do not let them hurt you, that is not what anyone wishes to happen.

Your HEART, Your PASSION, Your DREAMS,
They’re what lead you to life’s most beautiful places!

Just because I don’t want care, doesn’t mean I don’t understand.

~I enjoy compile their signature. It fun and lovely~

Petanda Kamu Sudah Mabuk Cinta

Posted by alicesona | Posted in Love Tips, Tips Cinta | Posted on 20-02-2008

6

1) Diam-diam kamu mengambil gambarnya di telefon bimbit dan jadikan wallpaper.

2) Kalau dulu kamu sering mendengar lagu-lagu rancak, sejak kebelakangan ini sentimental pula.

3) Kamu sanggup keluar tengah-tengah malam hanya semata-mata untuk melihat kelibat bayangnya di tingkap bilik tidur. Nampak bayang pun rindu kamu sudah terubat… :)

4) Diari kamu penuh berisi tulisan tentang dia, dia, dia dan dia.

5) …to be continued… :)