Featured Post

Kita Ditakdirkan Bersama

Kekasih cinta ku terhadap mu semakin subur, mekar dan mewangi di taman asmara ini. Setiap hari yang berlalu menjanjikan kematangan kepada cinta kita. Aku sememangnya ditakdirkan untuk mu dan kau ditakdirkan untuk ku. Peganglah janji cinta kita bahawa kita akan kekal bersama sehingga maut memisahkan....

Read More

Cinta nan rapuh atau …

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta | Posted on 10-11-2008

25

Hari Sabtu yang lepas saya dan keluarga meluangkan masa berjalan-jalan di dataran Putrajaya. Seperti biasa walaupun waktu sudah menunjukkan pukul 10.30 malam tapi keadaan di sana sungguh meriah. Apa yang paling saya suka bila berjalan di sana adalah melihat karenah kanak-kanak yang berkejaran dengan riang bersama-sama dengan adik-beradik mereka barangkali…

Seperti biasa pasti ramai pasangan-pasangan kekasih yang duduk berdampingan…nampak sungguh mesra dan bahagia sekali. Setiapkali saya melihat pasangan bercinta ini soalan yang sama pasti akan terdetik di benak saya. Adakah cinta mereka akan berkekalan? Kadang-kadang dengan sinis hati saya akan berkata, heh masa bercinta memanglah berkepit 24 jam tapi selepas berkahwin korang taulah apa akan jadi…

Mungkin saya mencemburui kemesraan mereka. Mungkin saya mengimpikan kemesraan dahulu akan kembali dalam hidup saya. Tapi entahlah apa yang saya pasti cinta sebelum berkahwin dengan selepas berkahwin pasti ada bezanya. Sampai di saat ini saya masih mencari formula paling berkesan untuk kembalikan rasa cinta yang menggebu-gebu seperti dulu.