Posted by alicesona | Posted in Lagu Cinta | Posted on 25-12-2008
0
Hayati lirik lagu ni…memang best.
Jika kau suka seseorang tu jangan tunggu lama dan jangan bagi banyak alasan. Ikat dan jangan biarkan dia pergi. Kalau tak nanti menyesal kemudian hari.
Ni lirik yang saya ambil dari web metrolyrics. Enjoy!
Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta | Posted on 20-12-2008
8
Terpanggil saya untuk mengulas tajuk ini. Salah satu tajuk dalam buku motivasi Dr. HM Tuah yang baru. Maaflah kalau tajuk ni nampak kasar sangat.
Kita sedia maklum, kalau dah namanya pelacur maka kerja dia adalah menjual diri dan menerima bayaran. Tapi sedarkah anda terlalu ramai para wanita/gadis/kaum Hawa diluar sana yang juga digelar pelacur tidak berbayar? Mereka yang menyerahkan kehormatan diri sebagai bukti cinta kononnya inilah yang tergolong dalam kategori ini. Sedangkan cinta itu adalah satu-satunya pemberian Allah pada kita manusia yang sangat suci dan tidak terhingga nilainya. Kenapa pula perlu merosakkan nama cinta ini untuk sesuatu yang didorong oleh nafsu serakah kita sendiri? Memang cinta perlukan bukti dan pengorbanan tapi bukan dari segi menjual maruah.
Maaf jika anda tidak sependapat dengan saya. Jangan marah yer. Secebis mutiara kata dari Dr. Tuah…jika anda bercinta, bercintalah berpada-pada. Dan setelah berkahwin bercintalah sesungguhnya. Bukankah syurga itu dijamin bagi para isteri yang menjaga dan membahagiakan suaminya?
Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, Cerita Cinta | Posted on 09-12-2008
25
Bila kita bicara soal hati terlalu sukar untuk memahaminya walaupun diri kita sendiri.
Aku pernah menjadi teman biasa kepada dia.. kemudian pertemuan yang kerap membuahkan sesuatu di dalam hati ku. Benarlah kata orang, persahabatan antara perempuan dan lelaki itu sebenarnya tidak akan mungkin terjadi. Pasti akan ada bibit-bibit cinta yang akan lahir, cuma samaada di luahkan atau tidak. Jika tidak maka akan kekallah persahabatan itu sebagai ikatan sahabat.
Tidak seperti kawan-kawan lain yang masih terikat dengan kepercayaan takut digelar “Perigi mencari timba” aku membuat satu keputusan drastik. Jika kita memendamkan sahaja segalanya kita akan dihantui persoalan “What if?”… Aku tidak mahu dihantui persoalan itu seumur hidup. Lagipun what if aku tidak berterus-terang dengan dia tapi sebenarnya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku? Pastinya yang rugi aku juga kan. But what if after I tell him everthing dan dia tidak mempunyai perasaan yang sama seperti aku? Risiko yang terpaksa ditanggung jika aku inginkan kepastian…
Tapi adakah ini cinta? Sekarang jika aku tidak melihatnya aku akan begitu merindui dia. Walau hanya melihat dia dari jauh tanpa sempat berbicara dengannya pun hati aku akan berbunga-bunga indah sepanjang hari. Walaupun aku hanya sempat melihat hujung kasutnya sahaja, rindu ku sudah terubat. Melihat dia berjalan beriringan dengan gadis lain bisa membuat hati ku panas. Setiap kali dia datang untuk berbicara dengan aku hati ku berdebar-debar. Kalau ini bukan cinta apa lagi? Hati ku terseksa memendamnya. Untuk meluahkan secara berdepan aku tidak punya kekuatan.
Lalu sepucuk warkah ku layangkan kepadanya. Dengan hati berdebar aku menanti jawapan dari dia: ditolakkah cinta ku atau diterimakah cinta ku? Namun jawapan yang aku nantikan tidak pernah diberikan. Tidak secara langsung.
Tapi aku puas, walaupun aku dihantui oleh jawapan sebenar dia sekurang-kurangnya dia sudah tahu isi hati ku. Dan untuk menyedapkan perasaan sendiri aku anggap keengganan dia untuk rapat seperti biasa adalah tanda penolakan cintanya. Namun aku keliru…tika aku ingin menerima kenyataan dan mula mengikut rentaknya untuk tidak saling bersapa lagi, tindakannya hampir mencium aku didepan pelajar lain membuatkan aku tertanya-tanya apa sebenarnya perasaan dia terhadap aku?
Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, Cerita Cinta | Posted on 03-12-2008
25
Saya ambil tajuk entri kali ini dari entri blog lain yang telah mendorong saya untuk menulis entri ini. Bagaimana jika hubungan kekasih yang putus berjaya disambung balik?…Hmm bagi saya dulu…putus dan kemudian sambung balik adalah perkara biasa. Mungkin kerana saya seorang yang terlalu terburu-buru, pantang salah sikit saya akan menulis surat putus kepada kekasih saya ketika itu biar saya gelar dia Joe. Kemudian beberapa hari kemudian saya akan menulis surat pada dia merayu agar hubungan kami disambung kembali. Saya pun tidak pasti adakah kerana cinta dia kepada saya dia dengan mudah sanggup menyambung kembali hubungan kami.
Kemudian ketika kami di Tingkatan 5, saya bertekad kali itu yang saya akan benar-benar berpisah dengan dia. Saya tidak akan merayu lagi padanya. Saya pun kurang pasti apa penyebabnya kali itu tapi ya sekali lagi saya memutuskan hubungan dengan dia. Esoknya pada waktu rehat saya melihat dia diberanda depan kelasnya, hati saya begitu sedih dan sayu. Saya memalingkan muka dan hanya berdiri termenung ditangga sekolah melihat budak-budak yang lain berkejaran dengan riangnya. Tiba-tiba tanpa saya sedar dia dah berdiri di tepi saya dan bertanya “Kenapa muram saja ni?”. Bayangkan betapa terkejut dan terujanya saya dengan kehadiran dia ketika itu. Saya hanya menjawab lemah “Sebab kita kan dan putus”. “Bila masa pula kita putus?”, dengan selamba dia menjawab balik. Kalaulah ini negara barat rasanya ketika itu dah lama saya peluk dan kiss dia hehe…Tapi nasib baiklah saya masih waras. Masa itu hati saya dah berbunga-bunga riang. Oh rupanya hanya saya yang menganggap kami putus, tapi dia tak pernah anggap permintaan putus saya itu serius. Mungkin dia sudah lali
Jadi kepada anda pencinta di luar sana sebelum memutuskan sesuatu hubungan fikir dan selidiklah dahulu sedalam-dalamnya penyebab untuk memutuskan hubungan itu. Tidak semua kekasih diluar sana sama seperti kekasih saya ini yang dengan mudah sanggup menyambung kembali hubungan yang putus. Jangan anda menyesali tindakan anda di kemudian hari. Saya dengan Joe walaubagaimanapun terpaksa berpisah tanpa kata putus atas permintaan Joe akhirnya. Kenapa? Demi sebuah tanggungjawab yang terpaksa dipikulnya…