Featured Post

Pengajaran Cinta

Ketahuilah cinta bukan sekadar perasaan sensual yang perlu dibuktikan dengan hubungan intim tetapi penyatuan dan keserasian menjadikan cinta lebih sempurna.  Sekiranya kamu terpandangkan seseorang dan merasakan tarikan magnetik dan getar yang maha dahsyat, mungkin dialah orangnya untuk dirimu. Selalunya...

Read More

Tips asmara memikat suami

Posted by alicesona | Posted in General Info, Khas Suami Isteri, Tips Cinta | Posted on 29-09-2009

8

Hmm hasil pembacaan dari majalah kegemaran ku, ingin aku kongsikan beberapa tips asmara khas untuk yang halal saja yakni suami isteri okay :-) ..

Selepas bersama usah membelakangi isteri seolah-olah isteri hanyalah daging pemuas nafsu. Opss ini nasihat untuk suami :-) Asmara antara suami isteri sepatutnya manis dan indah untuk mengeratkan lagi rasa cinta dan ikatan perkahwinan.

Okay kita mulakan tips untuk isteri.

Suami sangat mudah dilemahkan melalui pandangannya. Pakaian jarang dan lembut membalut tubuh akan menaikkan ghairah suami. Jadi jangan terus buang pakaian mu, biar dia bertambah geram melihat sikit-sikit.

Bersihkan diri dan pakailah haruman. Juga sunat mencukur rerambut yang tidak terkawal di seluruh badan, kuku-kuku yang panjang rapikan biar pendek bersih dan kemas.

Pasanglah alunan muzik yang perlahan mungkin boleh ditambahkan lagi suasana romantis dengan cahaya lilin yang suram tetapi indah. Lilin berharuman lebih baik. Ungkapkan kata-kata yang halus dengan suara yang manja. Jelingan dan senyuman manja kamu sebelum masuk ke kamar juga boleh menambahkan debaran di dadanya.

Mudah kan..ayuh para isteri …jom praktikkan..