Tentang saya
Selamat datang ke blog cinta saya. Jika anda menjenguk blog ini maka anda adalah pencinta. Mari kita martabatkan cinta…janganlah menodai cinta kerana ia adalah anugerahNYA yang sungguh suci dan sempurna.
alicesona19 adalah nama pena internet saya semenjak dari mula saya mengenali internet. Saya suka bercinta dah tidak pernah putus asa untuk bercinta. Maka kerana itu blog ini terbina dengan harapan perasaan cinta yang bersarang di hati saya akan terus kekal harum dan mewangi.
Bagi yang berminat nak berkenalan dengan pemilik blog yang tak seberapa ini
nah ini sedikit maklumat untuk kamu. Nama saya Rozi Aisyah Safiyah. Saya ibu kepada sepasang anak-anak yang comel. Berasal dari Negeri di bawah Bayu tapi bertemu jodoh di Semenanjung. Tahun depan (2010) umur saya akan mencecah 30 hmmm makin tua. Hampir semua nukilan dalam blog ini dihasilkan oleh saya sendiri dan jika nukilan itu adalah hasil orang lain saya pasti akan berikan kredit untuk mereka di akhir setiap nukilan.
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Saya akan cuba menulis seberapa kerap yang mungkin khas untuk pembaca2 blog saya yang setia.







