Puasa dan Cinta & Tip tambah kasih sayang
Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, General Info, Love Tips, Tips Cinta | Posted on 23-08-2009
0
Selamat berpuasa semua pencinta. Hebat dan indah kan rasanya bila dapat berbuka bersama si dia yang tersayang. Penat lelah terasa hilang begitu sahaja ketika menatap wajahnya.
Tapi harap anda semua berpada-pada berdating dalam bulan puasa yang mulia ini. Apa salahnya elakkan berpegangan tangan dalam bulan ini, bukan apa sekadar menghormati bulan yang mulia ini. Kalau ya pun nak sangat pegang, si gadis pautla lengan si jejaka (dengan syarat si jejaka berkemeja lengan panjang yer) dan jauhkan sedikit badan dari badan si jejaka. Biar dada yang montok itu di haramkan dari mendekati si jejaka
Bagi yang sudah halal tiada halangan untuk anda berpegangan tangan asalkan tidak mengundang ke arah ‘itu’ ya.
Satu tip dari Dato Fadhilah Kamsah untuk menambahkan kasih sayang antara suami isteri bahkan boleh juga diguna-pakai untuk pasangan kekasih.
Jangan cari perbezaan dari segi luaran tapi carilah persamaan secara dalaman, kerana secara dalaman sebenarnya kita mempunyai banyak persamaan.
Antaranya kita semua ingin disayangi dan dicintai, kita semua ingin dibelai oleh pasangan kita, kita semua suka jika pasangan kita memuji kita, kita semua ingin pasangan setia dengan kita dan sebagainya. Ingat tidak perlu kita cari perbezaan luaran yang ternyata hanya menambahkan jarak kita dengan pasangan.







