Featured Post

Bintang Cinta

Dari jauh aku memuja bintang indah nun jauh di sana. Apa kan daya hendak ku gapai tangan tak sampai, hendak ku abai terasa sayang. Kerlipannya yang bergemerlapan memukau pandangan insan. Persis intan berlian yang begitu berharga. Menghiasi langit terbentang. Menjadi pedoman kepada sang musafir di...

Read More

Cinta Tahun Baru 2010

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, Cerita Cinta, General Info, Love Tips, Tips Cinta | Posted on 22-03-2010

3

Hmmmm….nampaknya aku semakin melupakan blog ini. Banyak kisah cinta ingin dikongsi tetapi jejari malas menaip. Kalaulah isi hati aku ini boleh dirakamkan dan diautomasikan menjadi susunan ayat-ayat blog kan senang.

Setiap hari kita mendengar kisah-kisah cinta yang pahit. Jarang aku mendengar kisah-kisah cinta yang indah sekarang ini. Dalam blog juga aku banyak bertemu nukilan yang sedih memilukan. Ataupun Tuhan ingin aku melihat dan menyedari bahwa bukan aku seorang yang berdepan dengan masalah cinta?

Adik-adik…kecewa cinta di alam bujang tidak sesakit kecewa cinta di alam perkahwinan. Dulu kalau kita benci dan sudah rasa tidak sehaluan maka kata putus diucapkan. Bila hati meronta ingin kembali…pujuk si dia kembali. Kalau si dia masih sudi maka cinta kembali bersemi. Tapi di alam perkahwinan….benci,meluat,sakit hati…terpaksa dipendam dalam-dalam. Takkan semudah itu perkataan cerai dilafazkan? Takkan semudah itu cerai dipinta? Anak-anak harus difikirkan…

Kata pakar motivasi kegemaran aku…bila mencari teman hidup carilah yang serasi. Tetapi terkadang keserasian itu boleh hilang bersama masa dan keadaan. Maka segalanya terpulang pada kebijaksanaan kita…pada akal waras kita…untuk kembali mencari keserasian itu.

Kecewa….memang memenatkan. Kecewa pada cinta si dia tapi hati kita masih inginkan dia. Tidak dapat menerima segala perlakuan dia pada kita tapi hati masih tetap cinta.

Usah terlalu berkepit dengan si dia. Kadang kita tak bosan tetapi si dia bosan. Sesekali jarak boleh menambahkan rasa cinta dan rindu. Tapi jangan sampai si dia penat menanti. Takut dia mencari yang lain untuk menghiburkan hati.

Masa untuk tidur. Semoga cinta kita tahun ini semakin dewasa. Guna akal, jangan dipandu perasaan. Tiada siapa bole menasihati kita jika hati kita sudah ke arah yang salah. Teliti pro dan kontra sebaik mungkin kerana sekali salah pilih kita akan menanggung akibatnya berjuta-juta kali.

Salam sayang…

Bookmark:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Reddit
  • StumbleUpon

Puasa dan Cinta & Tip tambah kasih sayang

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, General Info, Love Tips, Tips Cinta | Posted on 23-08-2009

0

Selamat berpuasa semua pencinta. Hebat dan indah kan rasanya bila dapat berbuka bersama si dia yang tersayang.  Penat lelah terasa hilang begitu sahaja ketika menatap wajahnya.

Tapi harap anda semua berpada-pada berdating dalam bulan puasa yang mulia ini. Apa salahnya elakkan berpegangan tangan dalam bulan ini, bukan apa sekadar menghormati bulan yang mulia ini. Kalau ya pun nak sangat pegang, si gadis pautla lengan si jejaka (dengan syarat si jejaka berkemeja lengan panjang yer) dan jauhkan sedikit badan dari badan si jejaka. Biar dada yang montok itu di haramkan dari mendekati si jejaka :-P Bagi yang sudah halal tiada halangan untuk anda berpegangan tangan asalkan tidak mengundang ke arah ‘itu’ ya.

Satu tip dari Dato Fadhilah Kamsah untuk menambahkan kasih sayang antara suami isteri bahkan boleh juga diguna-pakai untuk pasangan kekasih.

Jangan cari perbezaan dari segi luaran tapi carilah persamaan secara dalaman, kerana secara dalaman sebenarnya kita mempunyai banyak persamaan.

Antaranya kita semua ingin disayangi dan dicintai, kita semua ingin dibelai oleh pasangan kita, kita semua suka jika pasangan kita memuji kita, kita semua ingin pasangan setia dengan kita dan sebagainya. Ingat tidak perlu kita cari perbezaan luaran yang ternyata hanya menambahkan jarak kita dengan pasangan.

Bookmark:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Reddit
  • StumbleUpon

Lagi Petanda Jatuh Cinta…

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, Love Quote, Love Tips, Madah-madah Cinta, Tips Cinta | Posted on 01-04-2009

35

Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian kamu sudah mula merinduinya…

Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali…seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan mu :-)

Bila bersama dengan si dia kamu berjalan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat tujuan…ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.

Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia. Malu-malu kucing gitu…

Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju…mengalahkan kereta F1 gitu…

Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…mungkin lewat telefon atau walaupun di sebalik tembok…mana tau sekolah si dia berjiran dengan sekolah kamu :-D

Ketika kamu melihat dia tiada wajah lain lagi yang kamu lihat di sekeliling mu…hanya dia dia dan dia…iskk kronik sudah ni…..

Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental sambil membayangkan wajah si dia…Lagu Ayat-ayat Cinta pun di layan eh…

Kamu hanya memikirkan tentang dia saja…siang malam…jangan lupa makan minum tidur dah la yer…

Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu…seolah-olah di mana saja kamu pergi bau itu menemani kamu membuat kamu semakin merindui dia…

Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak mu…

Kamu sanggup lakukan apa saja untuk si dia…ehemm…ingat jangan sampai menyalahi hukum agama okay…

Ketika kamu membaca post ini…hanya wajah dia saja yang bermain di benak mu…hah dia la orangnya yang kamu cinta tu :-)

Bookmark:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Reddit
  • StumbleUpon

Cinta di Tahun Baru 2009

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, Love Tips, Tips Cinta | Posted on 03-01-2009

14

Untuk yang sedang bercinta

dream

btkloveAdakah anda bahagia bersama dia? Jika ya maka teruskanlah hubungan anda dan kekalkan kebahagiaan itu. Atau adakah hari-hari yang anda lalui bersama dia dipenuhi dengan tangisan? Jika ya maka tinggalkanlah cinta itu sebab cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati. Sedarlah… jika cinta anda sekarang hanya mengundang air mata ia bakal berterusan jika anda berkahwin dengan dia sekali pun. Jangan mengharapkan si dia akan berubah setelah berkahwin. Hakikatnya ramai yang masih dengan perangai lama walaupun setelah berkahwin dan ramai juga yang menjadi semakin teruk setelah berkahwin.

 

Untuk yang masih mencari

fellinlove1

btklovePastikan bila anda jatuh cinta anda tidak hanya bertepuk sebelah tangan agar anda tidak merana menanti cinta yang tidak akan kesampaian. Usahlah terlalu memuja dan mengejar cinta jika si dia terang-terangan menolak kerana jika akhirnya si dia menerima kamu, hanyalah semata-mata kerana dia sudah penat untuk melarikan diri dan bukanlah kerana rela atau cinta sejati. Cinta sepatutnya membahagiakan bukan membuat kita merana.

 

Untuk yang telah pun jatuh cinta

fallinlove

btkloveTerimalah cinta itu dengan hati yang lapang dan nikmatilah cinta itu sementara ia masih ada.

 

*all image taken from Stickgal blog. credits for her.

Bookmark:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Reddit
  • StumbleUpon

Pelacur tidak berbayar?

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta | Posted on 20-12-2008

8

Terpanggil saya untuk mengulas tajuk ini. Salah satu tajuk dalam buku motivasi Dr. HM Tuah yang baru. Maaflah kalau tajuk ni nampak kasar sangat.

Kita sedia maklum, kalau dah namanya pelacur maka kerja dia adalah menjual diri dan menerima bayaran. Tapi sedarkah anda terlalu ramai para wanita/gadis/kaum Hawa diluar sana yang juga digelar pelacur tidak berbayar? Mereka yang menyerahkan kehormatan diri sebagai bukti cinta kononnya inilah yang tergolong dalam kategori ini. Sedangkan cinta itu adalah satu-satunya pemberian Allah pada kita manusia yang sangat suci dan tidak terhingga nilainya. Kenapa pula perlu merosakkan nama cinta ini untuk sesuatu yang didorong oleh nafsu serakah kita sendiri? Memang cinta perlukan bukti dan pengorbanan tapi bukan dari segi menjual maruah.

Maaf jika anda tidak sependapat dengan saya. Jangan marah yer. Secebis mutiara kata dari Dr. Tuah…jika anda bercinta, bercintalah berpada-pada. Dan setelah berkahwin bercintalah sesungguhnya. Bukankah syurga itu dijamin bagi para isteri yang menjaga dan membahagiakan suaminya?

Bookmark:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Reddit
  • StumbleUpon