Tentang cinta, koleksi madah cinta dan segalanya tentang cinta dan sayang
Featured Post
Duhai Malam ~Intan Sarafina~
Duhai malam damai pelukanmu
Dinginmu menghilangkan bahang siang
Namun resah hati kian terasa
Kekasih hati berjauhan
Duhai malam apakah si dia
Jua merenung bulan yang mengambang
Terbayang oleh ku manis wajahnya
Oh terganda kerinduanku
Duhai malam…
Tersiksa batinku mendambakannya
Jiwaku merintih...
Hmm saya suka dengan post Neem yang ni…. Saya sokong 100%….hehe
Kepada sesiapa di luar sana yang tengah kecewa sampai menonggeng baik dengar lagu ni dan hayati liriknya. Buat apa nak menangisi kekasih yang tidak prihatin dan dalam bahasa kasarnya tidak berguna sesen pun….Cari jer balak lain. Ingat Allah tunjukkan kita perangai buruknya sekarang supaya kita boleh belajar dari kesilapan dan mencari yang lebih baik bukan untuk buat you bunuh diri or buat whatever things la yang tak berbaloi… Come on la you ingat bila you bunuh diri ada dia kisah…lagi dia suka….masalah dia selesai.
So kalau kekasih you curang…just lupakan jer dia and cari yang lain. Memang bukan senang tapi lebih baik dari you membunuh diri you dari dalam….Makan hati berulam jantung kata orang…
Posted by alicesona | Posted in Cerita Cinta | Posted on 08-05-2010
0
Suatu ketika dulu…Gadis Jelita: “Kekasih aku sudah berubah menjadi better guy because I told him so. Dia cintakan aku sepenuh hati sebab itulah dia berubah. Dia sanggup tinggalkan kawan-kawannya yang jahat dan perangainya yang aku tak suka”. Aku: Dalam hati “Aku nak cuba juga. Jika dia berubah maksudnya dia cintakan aku“.
Setelah sekian lama menegur… merajuk… masih tiada perubahan…”Ah dia memang tidak cintakan aku. Lebih baik pisah je macam ni“. Lalu hubungan kami menjadi hambar dan tidak semanis dulu walaupun tidak berpisah.
Sekarang….bila terkenang kembali terasa bodohnya aku kerana percaya he MUST changed if he really love me. Aku cintakan dia dulu kerana dirinya. Aku dambakan kasihnya kerana dirinya. Bukannya kerana dia orang yang aku baru nak bentuk. Aku patutnya menerima diri dia seadanya…dan akhirnya yang menjadi mangsa adalah cinta kami.
Posted by alicesona | Posted in Cerita Cinta | Posted on 26-04-2010
3
Selepas putus cinta…ramai yang fobia untuk jatuh cinta lagi…salah seorang darinya Mel sahabat blog kita..Jangan marah ye Mel..
Saya tak pernah takut untuk jatuh cinta lagi walaupun setelah berkali-kali putus cinta. Tapi itu saya…lain orang lain hatinya..Yang saya paling takut jika saya tidak ada sesiapa lagi untuk dicinta…maka kerana itu saya akan pastikan saya selalu ada seseorang yang bakal jadi pengganti sebelum saya ditinggalkan.
Saya pernah mencintai seseorang dengan begitu kuat sekali tapi dalam masa yang sama saya menduakan dia sebab dia juga sama. Memang gila kan…Akhirnya dia meminta untuk berpisah dengan saya tapi bukan putus katanya. Just pisah begitu saja. Kerana itu saya selalu mencari peluang untuk berjumpa dengan dia lagi. Sehingga satu hari dia turutkan kemahuan saya. Malam 31 Disember…rombongan kampung saya dan dia kebetulan sama-sama menyambut malam tahun baru dengan berkhemah semalaman di tepi pantai. Hati saya melonjak riang bila dia setuju bertemu. Dari kejauhan dalam kesamaran bulan purnama saya melihat susuk tubuh yang sangat saya rindui…senyum kegirangan menghiasi wajah sambil langkah diatur satu persatu menuju ke arah dia. Namun bila jarak antara kami tidak sampai semeter lagi, satu susuk tubuh yang lain keluar dari belakangnya. Rambutnya yang ditocang kemas dengan pakaian ringkas seluar denim dengan baju jaket putih dan walaupun dalam kesamaran malam terserlah keayuan wajahnya…wajah yang telah menyebabkan si dia melupakan saya. Langkah terhenti dan dengan cepat saya berpaling dan berlari laju meninggalkan mereka tanpa menoleh lagi. Seperti terdengar si dia memanggil nama saya tapi saya tidak pedulikan. Hancurnya hati tidak terkata tapi tiada air mata mengalir hanya jantung berdegup laju…
Lalu setelah saya bertenang saya kembali pada teman saya yang seorang lagi. Sebelum itu saya tinggalkan dia sebab saya kata ingin berjumpa dengan seseorang. Walaupun kami berbual mesra sambil berjalan beriringan menyelusuri pantai namun di dalam hati saya menangis.
Memang saya mudah jatuh cinta tapi untuk melupai seseorang yang telah dicinta sebelum itu juga sangat sukar. Tapi yang pentingnya saya akhirnya berjaya melupakan si dia dan belajar mencintai orang lain…walaupun memang sukar… kerana pada saya jatuh cinta itu indah…
Hmmmm….nampaknya aku semakin melupakan blog ini. Banyak kisah cinta ingin dikongsi tetapi jejari malas menaip. Kalaulah isi hati aku ini boleh dirakamkan dan diautomasikan menjadi susunan ayat-ayat blog kan senang.
Setiap hari kita mendengar kisah-kisah cinta yang pahit. Jarang aku mendengar kisah-kisah cinta yang indah sekarang ini. Dalam blog juga aku banyak bertemu nukilan yang sedih memilukan. Ataupun Tuhan ingin aku melihat dan menyedari bahwa bukan aku seorang yang berdepan dengan masalah cinta?
Adik-adik…kecewa cinta di alam bujang tidak sesakit kecewa cinta di alam perkahwinan. Dulu kalau kita benci dan sudah rasa tidak sehaluan maka kata putus diucapkan. Bila hati meronta ingin kembali…pujuk si dia kembali. Kalau si dia masih sudi maka cinta kembali bersemi. Tapi di alam perkahwinan….benci,meluat,sakit hati…terpaksa dipendam dalam-dalam. Takkan semudah itu perkataan cerai dilafazkan? Takkan semudah itu cerai dipinta? Anak-anak harus difikirkan…
Kata pakar motivasi kegemaran aku…bila mencari teman hidup carilah yang serasi. Tetapi terkadang keserasian itu boleh hilang bersama masa dan keadaan. Maka segalanya terpulang pada kebijaksanaan kita…pada akal waras kita…untuk kembali mencari keserasian itu.
Kecewa….memang memenatkan. Kecewa pada cinta si dia tapi hati kita masih inginkan dia. Tidak dapat menerima segala perlakuan dia pada kita tapi hati masih tetap cinta.
Usah terlalu berkepit dengan si dia. Kadang kita tak bosan tetapi si dia bosan. Sesekali jarak boleh menambahkan rasa cinta dan rindu. Tapi jangan sampai si dia penat menanti. Takut dia mencari yang lain untuk menghiburkan hati.
Masa untuk tidur. Semoga cinta kita tahun ini semakin dewasa. Guna akal, jangan dipandu perasaan. Tiada siapa bole menasihati kita jika hati kita sudah ke arah yang salah. Teliti pro dan kontra sebaik mungkin kerana sekali salah pilih kita akan menanggung akibatnya berjuta-juta kali.
Pagi semalam seperti biasa selepas menghantar anak-anak ke rumah pengasuh, aku akan menunggu suami aku mengambil motor untuk menghantar aku ke tempat kerja pula.
Lalu ketika itu sepasang kekasih (aku kira) berhenti dekat sekali dengan aku. Tanpa sedar aku memasang telinga cuba mendengar apa yang mereka bualkan. Sekadar tindak balas biasa bila keadaan seperti tegang antara mereka.
Antara dengar dengan tidak aku mendengar si jejak menghalau si gadis turun. Mula-mula dengan suara biasa kemudian menjadi sedikit kuat. Dan walaupun dihalau sebegitu si gadis hanya berkata dengan perlahan, mungkin malu dengan aku…”Hantarlah I balik dulu.” Berkali-kali dia merayu agar si jejaka sekurang-kurangnya menghantar dia balik dulu tapi malah makin ditengking oleh si jejaka. Kemudian bila si gadis masih juga tidak berganjak si jejak bertindak tegas, dia matikan enjin dan balik meninggalkan si gadis di situ. Satu perkataan yang sangat jelas aku dengar dari mulutnya “Pergi mampuslah!”
Sebagai seorang wanita hati aku begitu tersentuh, terhiris dan merasa sangat terhina dengan perbuatan si jejaka. Setelah sehari suntuk bermesra bila rasa mengantuk sanggup dia tinggalkan si gadis demi untuk kepentingannya sendiri. Apalah salahnya menghantar si gadis balik dulu. Oo menjemput bukan main lagi siap sampai awal tapi nak menghantar balik berkira pula…*geram*. Aku menoleh melihat keadaan si gadis dan merasa sedikit lega bila dia tidak hanya menunggu di situ tetapi sudah beralih ke perhentian bas. Sekurang-kurangnya dia masih ada maruah untuk berusaha balik.
Ingatlah adik-adik…bila kita sudah serahkan segalanya maka inilah yang akan terjadi. Sedangkan ikatan perkahwinan pun masih tidak menghalang lelaki (ops bukan semua ya) memandang rendah wanita inikan pula kekasih. Jadi tolonglah…fikirlah semasak-masaknya sebelum menyerahkan kehormatan mu…yang menanggung hukumannya hanya diri kita sendiri.
Tapi sebelum aku beredar dari situ ku lihat si jejaka kembali. Dia termenung sejenak mungkin tengah berfikir nak balik rumah atau hantar si gadis balik. Kemudian dia membelok dan mengambil si gadis di perhentian bas. Betapa besarnya kuasa CINTA kan…Sekurang-kurangnya hati aku yang sakit dan rasa terhina tadi (bagi pihak si gadis) sedikit terubat. Suami aku kata…dia takkan sampai hati tinggalkan kekasihnya begitu sahaja…
Oleh kerana malasnya saya nak maintain pengurusan blog ini maka saya tidak akan memperbaharui blog ini pada tahun hadapan. Blog ini akan dipindahkan di platform blog yang free - http://www.madahcintaku.blogspot.com. Jika anda pembaca setia blog saya...Jumpa anda disana.