Featured Post

Ungkapan cinta yang terpendam untuk Valentine’s Day

Mata ini terpukau dengan keindahan dirimu Fikiran ini melayang memikirkan kata yang terucap Degup jantung ini bagaikan menikmati rasa cinta kita Biarkan tiada ikatan antara kita… cukup untuk mengerakkan nadi kehidupan padaku Hati ini bagaikan ingin melaungkan rasa cinta namun jeritan tersekat...

Read More

Ya betul…cari jer balak baru…

Posted by alicesona | Posted in Cerita Cinta, Lagu Cinta, Love Quote, Love Tips, Tips Cinta | Posted on 20-06-2010

2

Hmm saya suka dengan post Neem yang ni…. Saya sokong 100%….hehe

Kepada sesiapa di luar sana yang tengah kecewa sampai menonggeng baik dengar lagu ni dan hayati liriknya. Buat apa nak menangisi kekasih yang tidak prihatin dan dalam bahasa kasarnya tidak berguna sesen pun….Cari jer balak lain. Ingat Allah tunjukkan kita perangai buruknya sekarang supaya kita boleh belajar dari kesilapan dan mencari yang lebih baik bukan untuk buat you bunuh diri or buat whatever things la yang tak berbaloi… Come on la you ingat bila you bunuh diri ada dia kisah…lagi dia suka….masalah dia selesai.

So kalau kekasih you curang…just lupakan jer dia and cari yang lain. Memang bukan senang tapi lebih baik dari you membunuh diri you dari dalam….Makan hati berulam jantung kata orang…

Ok…enjoy…

Ni kalau nak tengok dorang menari :-)

Bookmark:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Reddit
  • StumbleUpon

Cinta Tahun Baru 2010

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, Cerita Cinta, General Info, Love Tips, Tips Cinta | Posted on 22-03-2010

3

Hmmmm….nampaknya aku semakin melupakan blog ini. Banyak kisah cinta ingin dikongsi tetapi jejari malas menaip. Kalaulah isi hati aku ini boleh dirakamkan dan diautomasikan menjadi susunan ayat-ayat blog kan senang.

Setiap hari kita mendengar kisah-kisah cinta yang pahit. Jarang aku mendengar kisah-kisah cinta yang indah sekarang ini. Dalam blog juga aku banyak bertemu nukilan yang sedih memilukan. Ataupun Tuhan ingin aku melihat dan menyedari bahwa bukan aku seorang yang berdepan dengan masalah cinta?

Adik-adik…kecewa cinta di alam bujang tidak sesakit kecewa cinta di alam perkahwinan. Dulu kalau kita benci dan sudah rasa tidak sehaluan maka kata putus diucapkan. Bila hati meronta ingin kembali…pujuk si dia kembali. Kalau si dia masih sudi maka cinta kembali bersemi. Tapi di alam perkahwinan….benci,meluat,sakit hati…terpaksa dipendam dalam-dalam. Takkan semudah itu perkataan cerai dilafazkan? Takkan semudah itu cerai dipinta? Anak-anak harus difikirkan…

Kata pakar motivasi kegemaran aku…bila mencari teman hidup carilah yang serasi. Tetapi terkadang keserasian itu boleh hilang bersama masa dan keadaan. Maka segalanya terpulang pada kebijaksanaan kita…pada akal waras kita…untuk kembali mencari keserasian itu.

Kecewa….memang memenatkan. Kecewa pada cinta si dia tapi hati kita masih inginkan dia. Tidak dapat menerima segala perlakuan dia pada kita tapi hati masih tetap cinta.

Usah terlalu berkepit dengan si dia. Kadang kita tak bosan tetapi si dia bosan. Sesekali jarak boleh menambahkan rasa cinta dan rindu. Tapi jangan sampai si dia penat menanti. Takut dia mencari yang lain untuk menghiburkan hati.

Masa untuk tidur. Semoga cinta kita tahun ini semakin dewasa. Guna akal, jangan dipandu perasaan. Tiada siapa bole menasihati kita jika hati kita sudah ke arah yang salah. Teliti pro dan kontra sebaik mungkin kerana sekali salah pilih kita akan menanggung akibatnya berjuta-juta kali.

Salam sayang…

Bookmark:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Reddit
  • StumbleUpon

Tips asmara memikat suami

Posted by alicesona | Posted in General Info, Khas Suami Isteri, Tips Cinta | Posted on 29-09-2009

8

Hmm hasil pembacaan dari majalah kegemaran ku, ingin aku kongsikan beberapa tips asmara khas untuk yang halal saja yakni suami isteri okay :-) ..

Selepas bersama usah membelakangi isteri seolah-olah isteri hanyalah daging pemuas nafsu. Opss ini nasihat untuk suami :-) Asmara antara suami isteri sepatutnya manis dan indah untuk mengeratkan lagi rasa cinta dan ikatan perkahwinan.

Okay kita mulakan tips untuk isteri.

Suami sangat mudah dilemahkan melalui pandangannya. Pakaian jarang dan lembut membalut tubuh akan menaikkan ghairah suami. Jadi jangan terus buang pakaian mu, biar dia bertambah geram melihat sikit-sikit.

Bersihkan diri dan pakailah haruman. Juga sunat mencukur rerambut yang tidak terkawal di seluruh badan, kuku-kuku yang panjang rapikan biar pendek bersih dan kemas.

Pasanglah alunan muzik yang perlahan mungkin boleh ditambahkan lagi suasana romantis dengan cahaya lilin yang suram tetapi indah. Lilin berharuman lebih baik. Ungkapkan kata-kata yang halus dengan suara yang manja. Jelingan dan senyuman manja kamu sebelum masuk ke kamar juga boleh menambahkan debaran di dadanya.

Mudah kan..ayuh para isteri …jom praktikkan..

Bookmark:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Reddit
  • StumbleUpon

Puasa dan Cinta & Tip tambah kasih sayang

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, General Info, Love Tips, Tips Cinta | Posted on 23-08-2009

0

Selamat berpuasa semua pencinta. Hebat dan indah kan rasanya bila dapat berbuka bersama si dia yang tersayang.  Penat lelah terasa hilang begitu sahaja ketika menatap wajahnya.

Tapi harap anda semua berpada-pada berdating dalam bulan puasa yang mulia ini. Apa salahnya elakkan berpegangan tangan dalam bulan ini, bukan apa sekadar menghormati bulan yang mulia ini. Kalau ya pun nak sangat pegang, si gadis pautla lengan si jejaka (dengan syarat si jejaka berkemeja lengan panjang yer) dan jauhkan sedikit badan dari badan si jejaka. Biar dada yang montok itu di haramkan dari mendekati si jejaka :-P Bagi yang sudah halal tiada halangan untuk anda berpegangan tangan asalkan tidak mengundang ke arah ‘itu’ ya.

Satu tip dari Dato Fadhilah Kamsah untuk menambahkan kasih sayang antara suami isteri bahkan boleh juga diguna-pakai untuk pasangan kekasih.

Jangan cari perbezaan dari segi luaran tapi carilah persamaan secara dalaman, kerana secara dalaman sebenarnya kita mempunyai banyak persamaan.

Antaranya kita semua ingin disayangi dan dicintai, kita semua ingin dibelai oleh pasangan kita, kita semua suka jika pasangan kita memuji kita, kita semua ingin pasangan setia dengan kita dan sebagainya. Ingat tidak perlu kita cari perbezaan luaran yang ternyata hanya menambahkan jarak kita dengan pasangan.

Bookmark:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Reddit
  • StumbleUpon

Lagi Petanda Jatuh Cinta…

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, Love Quote, Love Tips, Madah-madah Cinta, Tips Cinta | Posted on 01-04-2009

35

Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian kamu sudah mula merinduinya…

Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali…seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan mu :-)

Bila bersama dengan si dia kamu berjalan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat tujuan…ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.

Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia. Malu-malu kucing gitu…

Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju…mengalahkan kereta F1 gitu…

Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…mungkin lewat telefon atau walaupun di sebalik tembok…mana tau sekolah si dia berjiran dengan sekolah kamu :-D

Ketika kamu melihat dia tiada wajah lain lagi yang kamu lihat di sekeliling mu…hanya dia dia dan dia…iskk kronik sudah ni…..

Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental sambil membayangkan wajah si dia…Lagu Ayat-ayat Cinta pun di layan eh…

Kamu hanya memikirkan tentang dia saja…siang malam…jangan lupa makan minum tidur dah la yer…

Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu…seolah-olah di mana saja kamu pergi bau itu menemani kamu membuat kamu semakin merindui dia…

Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak mu…

Kamu sanggup lakukan apa saja untuk si dia…ehemm…ingat jangan sampai menyalahi hukum agama okay…

Ketika kamu membaca post ini…hanya wajah dia saja yang bermain di benak mu…hah dia la orangnya yang kamu cinta tu :-)

Bookmark:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Reddit
  • StumbleUpon