Featured Post

Cinta Tahun Baru 2010

Hmmmm….nampaknya aku semakin melupakan blog ini. Banyak kisah cinta ingin dikongsi tetapi jejari malas menaip. Kalaulah isi hati aku ini boleh dirakamkan dan diautomasikan menjadi susunan ayat-ayat blog kan senang. Setiap hari kita mendengar kisah-kisah cinta yang pahit. Jarang aku mendengar kisah-kisah...

Read More

Maruah wanita dan kuasa cinta

Posted by alicesona | Posted in Cerita Cinta, General Info | Posted on 06-08-2009

15

Pagi semalam seperti biasa selepas menghantar anak-anak ke rumah pengasuh, aku akan menunggu suami aku mengambil motor untuk menghantar aku ke tempat kerja pula.

Lalu ketika itu sepasang kekasih (aku kira) berhenti dekat sekali dengan aku. Tanpa sedar aku memasang telinga cuba mendengar apa yang mereka bualkan. Sekadar tindak balas biasa bila keadaan seperti tegang antara mereka.

Antara dengar dengan tidak aku mendengar si jejak menghalau si gadis turun. Mula-mula dengan suara biasa kemudian menjadi sedikit kuat. Dan walaupun dihalau sebegitu si gadis hanya berkata dengan perlahan, mungkin malu dengan aku…”Hantarlah I balik dulu.” Berkali-kali dia merayu agar si jejaka sekurang-kurangnya menghantar dia balik dulu tapi malah makin ditengking oleh si jejaka. Kemudian bila si gadis masih juga tidak berganjak si jejak bertindak tegas, dia matikan enjin dan balik meninggalkan si gadis di situ. Satu perkataan yang sangat jelas aku dengar dari mulutnya “Pergi mampuslah!”

Sebagai seorang wanita hati aku begitu tersentuh, terhiris dan merasa sangat terhina dengan perbuatan si jejaka.  Setelah sehari suntuk bermesra bila rasa mengantuk sanggup dia tinggalkan si gadis demi untuk kepentingannya sendiri. Apalah salahnya menghantar si gadis balik dulu. Oo menjemput bukan main lagi siap sampai awal tapi nak menghantar balik berkira pula…*geram*. Aku menoleh melihat keadaan si gadis dan merasa sedikit lega bila dia tidak hanya menunggu di situ tetapi sudah beralih ke perhentian bas. Sekurang-kurangnya dia masih ada maruah untuk berusaha balik.

Ingatlah adik-adik…bila kita sudah serahkan segalanya maka inilah yang akan terjadi. Sedangkan ikatan perkahwinan pun masih tidak menghalang lelaki (ops bukan semua ya) memandang rendah wanita inikan pula kekasih. Jadi tolonglah…fikirlah semasak-masaknya sebelum menyerahkan kehormatan mu…yang menanggung hukumannya hanya diri kita sendiri.

Tapi sebelum aku beredar dari situ ku lihat si jejaka kembali. Dia termenung sejenak mungkin tengah berfikir nak balik rumah atau hantar si gadis balik. Kemudian dia membelok dan mengambil si gadis di perhentian bas. Betapa besarnya kuasa CINTA kan…Sekurang-kurangnya hati aku yang sakit dan rasa terhina tadi (bagi pihak si gadis) sedikit terubat. Suami aku kata…dia takkan sampai hati tinggalkan kekasihnya begitu sahaja…

Bookmark:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Reddit
  • StumbleUpon

Comments (15)

ye ke?
relax je ex aku tinggalkan aku…

Kalau dia mudah jer tinggalkan kamu maknanya sudah tidak ada cinta lagi di hatinya. lupakan saja…mungkin dia memang tidak ditakdirkan untuk kamu :-)

bagaimana sekiranya sudah berkahwin dan perkara ini terjadi?

Alangkah sedihnya…bilamana cinta x dihargai….

kalo die skrg buat cmtu..lepas kawen mcm2 lagi die buleh buat..percayelah..

pas kawen lg la dia wat x pduli.nk ikt kpala dia je.tp x semua suami mc 2 le.ada time2 tegang je le.lantak la ape nk jd pn hehehe. . .tp bl da ada ank ssh le skt nk wat kptsn.mst pk ank dl punye!

tlalu snang ie mluke kn aty dan tlalu snang ie dtg lik tuk mminta maaf..laki cam n x spatutnye hdup..kerna ie lsung xtau mhargai pasangan..

pernahkah kau bertanya pada hatiku ini
relakah aku kehilangan dirimu ?
bolehkah aku menenpuh hari hari tanpamu d sisi ?
bisakah aku melupakan dirimu ?

itu bkn lg nmenye bf….tp setannnnnn yg btopengkan lelaki jahanam….
so the gurl should be cari another guy yg lbih menghargai seorang pompuan
dan laki camtu lah g mati….

sy dah berkali2 dilukai..tapi demi mencrari cinta sejati,,sy gagahi juga untuk bangun dan meneruskan perjalanan sy…untuk mencari sinar yg bakal hadir….walaupown sy tau..sy dah tiada ape2 lg..hanye tuhan yang tahu ape yang telah sy lalui dalam liku2 hidup sy…..

klu tu yg jadi….redha je la.. blaja hidup sendiri tanpa dia di sisi..
Walau ape pon jd, hidup mesti di teruskan.. Jgn nampak yg kite lemah tanpa dia..

Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia.. Aku pilih derita..~

aku ok jer kene tinggal,memg r frust, tapi tol la memg susah kita hendak mencr lelaki yg boleh menjg ht perasaan kita. tidak bnyk lelaki yg boleh menerima kita seadanya seperti mana kita cube untuk menerima mereka seadaanya.. klu aku di takdirkan sebegitu,aku pilih hidup derita, bg aku single is better if double is trouble

lelaki mmng snang mngucap kata cinta..
tp setiap kata2 yg di ucapkan mereka sbnrnya semua tpu belaka..

perasaan mbuatkn manusia jadi gila…perasaan juga mbuatkan manusia jadi manusia…. sayang, kasih, cinta…benci, meluat, sedih…tu semuanya perasaan. baik lelaki mahupun perempuan…belajar2lah kawal perasaan dgn baik sbb kesannya cukup xbaik bila kita gagal kawal perasaan kita…..

Write a comment