Featured Post

Fahami bahasa cinta suami

Pernahkah anda dengar cerita dari rakan-rakan anda yang mengatakan suami mereka tidak pernah mengungkapkan kata cinta kepada mereka walaupun sudah berumah tangga bertahun-tahun lamanya? Emmm…adakah benar cinta itu boleh dinyatakan dengan kata-kata? Mari kita cuba memahami bahasa cinta suami melalui...

Read More

Petanda Jatuh cinta?

Posted by alicesona | Posted in Artikel Cinta, Cerita Cinta | Posted on 09-12-2008

25

Bila kita bicara soal hati terlalu sukar untuk memahaminya walaupun diri kita sendiri.

Aku pernah menjadi teman biasa kepada dia.. kemudian pertemuan yang kerap membuahkan sesuatu di dalam hati ku. Benarlah kata orang, persahabatan antara perempuan dan lelaki itu sebenarnya tidak akan mungkin terjadi. Pasti akan ada bibit-bibit cinta yang akan lahir, cuma samaada di luahkan atau tidak. Jika tidak maka akan kekallah persahabatan itu sebagai ikatan sahabat.

Tidak seperti kawan-kawan lain yang masih terikat dengan kepercayaan takut digelar “Perigi mencari timba” aku membuat satu keputusan drastik. Jika kita memendamkan sahaja segalanya kita akan dihantui persoalan “What if?”… Aku tidak mahu dihantui persoalan itu seumur hidup. Lagipun what if aku tidak berterus-terang dengan dia tapi sebenarnya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku? Pastinya yang rugi aku juga kan. But what if after I tell him everthing dan dia tidak mempunyai perasaan yang sama seperti aku? Risiko yang terpaksa ditanggung jika aku inginkan kepastian…

Tapi adakah ini cinta? Sekarang jika aku tidak melihatnya aku akan begitu merindui dia. Walau hanya melihat dia dari jauh tanpa sempat berbicara dengannya pun hati aku akan berbunga-bunga indah sepanjang hari. Walaupun aku hanya sempat melihat hujung kasutnya sahaja, rindu ku sudah terubat. Melihat dia berjalan beriringan dengan gadis lain bisa membuat hati ku panas. Setiap kali dia datang untuk berbicara dengan aku hati ku berdebar-debar. Kalau ini bukan cinta apa lagi? Hati ku terseksa memendamnya. Untuk meluahkan secara berdepan aku tidak punya kekuatan.

Lalu sepucuk warkah ku layangkan kepadanya. Dengan hati berdebar aku menanti jawapan dari dia: ditolakkah cinta ku atau diterimakah cinta ku? Namun jawapan yang aku nantikan tidak pernah diberikan. Tidak secara langsung.

Tapi aku puas, walaupun aku dihantui oleh jawapan sebenar dia sekurang-kurangnya dia sudah tahu isi hati ku. Dan untuk menyedapkan perasaan sendiri aku anggap keengganan dia untuk rapat seperti biasa adalah tanda penolakan cintanya. Namun aku keliru…tika aku ingin menerima kenyataan dan mula mengikut rentaknya untuk tidak saling bersapa lagi, tindakannya hampir mencium aku didepan pelajar lain membuatkan aku tertanya-tanya apa sebenarnya perasaan dia terhadap aku?

Bookmark:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Reddit
  • StumbleUpon

Comments (25)

[...] The rest is here: Petanda Jatuh cinta? [...]

Cinta itu memang mengasyikkan.
Saat2 percintaan yang dirasakan adalah saat2 paling manis dalam hidup.
Namun setelah berkahwin, perasaan cinta semakin hari semakin pudar.
Mengapa begitu? Apa masaalahnya?
Adakah cinta kita tidak benar2 tulus? Cinta hanya berlandaskan nafsu?
Apa patut kita buat dalam menghangatkan cinta yang telah lesu?
Terlalu banyak persoalan yang patut kita fikirkan dan cari jalan penyelesaiannya…

“Tips Cinta Suami Isteri”

Congrats!! awk sgt berani menzahirkan perasaan hati… sabarlah…mungkin tindak balasnya lambat sikit…
masih terkejut agaknya?! :)

zaman skrg rasa ye dah x de istilah perigi mencari timba.
yg pntg mencuba jika tidak masakan kt tidak tahu pe jawapan yer. myb sometime we should give and take..

salam buat insan yang sedang menunggu jawapan cinta….indahnya rasa bila bercinta,indah lagi kekal selamanya,lebih indah terus bahagia sampai bila2…..
muga kamu sememangnya untuk dia….ku doakn kamulah hawa dan dialah adam yang sememangnya untuk bersama…amin….

bila kita sudah mula merindu,itulah baja pohon cinta,janganlah sering bertemu takut terlupa akn baja yang begitu harus di pupuk oleh jiwa yang sarat dgn rasa rindu yang menggebu….biarlah pohon yang tumbuh akan segar bersama buah2 cinta yang di mana ia melahirkan rasa cinta yang terindah salam hidupmu…….

congrats, itu tanda-tanda dia mungkin menerima awak. you’re lucky, girl. macam saya, saya juga memberanikan diri meluahkan perasaan pada lelaki yang saya suka, or i can say he’s my first love. tetapi mungkin saya belum ditakdirkan untuk dicintai sesiapa, dia menolak saya. saya sedih tetapi saya terima keputusannya. sekaran, saya masih belum berputus asa kerana dia cinta pertama saya. so, awak jangan berputus asa apatah lagi dia sudah beri hint pada awak.

gud luck!!!

memang saya sokang tindakan awak yang berani tu.
saya pun ade jatuh cinta kepada ’seseorang tu’…
tapi …
orang kate die suka kat kite jugak..
die ade makwe..
tapi die kata die x suka kat makwe die..
die juga playboy..
patutkah kite buat sesuatu?..
tapi ape?????

cinta bukan untuk di tertawa kan…cinta perlu berani..cinta tak kenal erti kalah.. tak salah andai perempuan mula bicara…. semuanya saya pernah alami… saya yg mula kan langkah pertama.. kini hubungan kami dah menjangkau usia 3 tahun….dan alhamdulillah sekarang ni kami dah bertunang…..so tak salah kalau perempuan yg mula kan…..

btol…
love is beutiful…
and powerfull..
b4 neyh ktepn cmtu gak..
tp cintaku dibuang je selepas setahun couple…
coz adur org ketiga!

Situasi sy p0n sme ngn dy..lme da tgu jwpn,sy bgtw dy tiap mse..n dy taw sy cntekan dy sgt2..dy ad ckp dy msh xbrsedia untk brcinte..n sy tgu dy smpai jwpn dy sy tw..

Faiz penah x khilangan owg yg faiz syg dan d cintai dgn kejujuran

bestnye bercibta.
tp takut kecewa, kalau buat taktau nanti terlepas.
tp kalau sambut plak, die cume memain-mainkan…
hmmmm…..so wut 2 do?

istilah perigi cari timba tidak timbul dalam Islam cuma masyarakat shj yang menimbulkannya..zaman Nabi dan Siti Khadijah dulu macam mana? Jadikan pedoman. Tapi kenala ikhlas. Soal hati dan perasan ini terlalu sukar tuk dinyatakan. Lebih2 lagi bg sesorg yang mudah goyang. Penderian tidak menentu. Hidup kena ada keyakinan diri jika tidak mahu kecewa dan jangan lupa juga zaman ini.. konon IT tetapi sejak zaman Rasulullah pun dah ujud IT ini.. IMAN DAN TAQWA..

how if………
kita x tau die ske kite or x….
kite ske cara die layan kite…
tp kite tgk die layan org len sme je….
tp kita still rse mcm kite special kat die….

camner nak tahu gal tue suka kat kita?

kalau gal tue ckp:

1.”Not just another guy”?
2. msg2 sweetheart n honey?
3.ckp dia ada rapat ngn boy lain tapi sekadar kawan,no special.
4.msg kat kita u je yg istimewa..
5.ckp “u x pernah ganggu idup i,u kena ingat that..selepas tanya dia adakah
i ganggu hidup u,,
6.dia ckp ” rasa pelik,rasa selesa ngn u ” masa awal2 kawan dulu,,
7.Dia ada masuk satu kursus untuk 2 bulan,tapi dlm seminggu neh..dia busy sangat..msg masa nak tido je,tue pun msg”gud nite honey”..jadual dia mmg pack,so i patut trust dia kan?
8.satu kampus,kos dulu..tapi 3 tahun lepas just kawan sebulan then x berhubung..dalam 4 bulan neh je berhubung dan menjadi rapat..last sekali jumpa masa konvo.tue pun sembang 5 minit je kot…
9.I tanya “i ‘m ur honey?dia reply : pic senyum..

saja nak tanya penmdapat je:P..bkn apa..dah 8 kali crush..so,nak cr yg betul2 la..

cinta tak semestinya kita harus memiliki..tp apa yg penting adalah pengorbanan yg tiada nilainya…cinta memang memerlukan pengorbanan…….

betul kata Cayunk Sue…cinta x semestinya bersatu kan…? Cinta adalah suatu perasaan yg sangat agung martabatnya… tul x?

K..sape kat cni boleh bg tafsiran sesorang perempuan tu suka pd sesorang llaki based on her SMS? Anyone can reply me this ?

nizam…sya boley x klo kta knal lbih dkat lgi pn sya naie ad msalah la..

payah..nak tafsir sbb zaman sekolah or remaja ni lain…cuma perasaan cinta ni..akan semua dihadapi oleh manusia. Cinta pulak sungguh luas seperti laut pasifik. Cinta juga tidak semestinya hadir bila kita telah hidup bersama. Ada juga kita hanya mencintai orang itu sahaja dan tidak semestinya di balas. jika hati begetar itu bermakna cinta sejati dan ikhlas. TQ.

jatuh cinta. sebagai seorang insan jangan menafikan kehadiran perasan itu. mungkin sudah ada yang mengisi ruang di hati kita. Menafikan perasaan sama seperti kita menipu diri sendiri.Jujurlah,tidak kira sama ada lelaki atau perempuan.Beranikan diri untk berhadapan dengan dunia realiti. Berteman dari mula tidak bermakna kita tidak boleh bercinta.

Saat aku mencintaimu…aku tempatkan dirimu di ruang hatiku..

Saat aku melepaskanmu..aku tempatkan dirimu diingatanku..

aku pon dah lame mendam cinte ngan kawan aku sendiri….masok tahun ni dah dekat 4 tahun……..tapi aku tak brani nak cakap….takot nanti die tak ak kawan ngan aku lagik…so?? ape yang harus aku buat???

yee..mmg btol pe yg awk wt 2.tok pngthuan awk..sy sperti itu..xslh pmpn mulekn.lihatlh sperti sy skrg.kami dh btunang & xlame lg akn bkahwin.

pertMA kali ku mdgar swaramu mu.. sayunya hatiku merindui diri mu.. wlaupn blm kte brsua mka nmun aq tlah jtoh cnta.. pertMA kali ku brtemu dgn mu..
sayunya hatiku mlihat snyumanmu..
aq mghrap engkau mnerima ku..
karna aq brsdia mcntaimu..
akn ku renang lautan yg berapi..
mbktikn khbatan nya cnta ini..
ttpi jika engkau mngglkn aq.
thris hati ini,tguris jiwa ini..
menengis x berlagu..
biar pn ombak yg mrubah pantai..
ksh ku x kn hncur berderai..
biar pn ary brgnti ary..
drimu ttp ku nanti..
sayangku pmpinkn tgnku..
mnuju mahligai bahgia kta bersama
nkmati kisah cinta
hidup bgaikn di syurga…
oOoOOhhhh KASIH..

kowang pnh x dgo lgu niy..lgu niy adlah lgu kngan aq ngn si dia,dia yg knlkn aq ngn lgu niy…tp 2 sume tgal kngan je…dia dh x de dlm kmus hdup aq..tp dia ttp ad dlm knangn aq…….aq mysal,dia tinglkn aq sbb slh aq..tp nasi dh mjd bbur,aq x ley nk wat ppe dh..mybe aq ngn dia x de jdoh…saran aq hrgailah ap yg ad ngn kte..lau x kte yg akn mysal….

Write a comment